17 August 2011

Ramadhan oh Ramadhan

Khamis
18-Aug-2011
3:22am


Mownin u lls, pagi ni mama ada mood nak story. actually mama nk share perasaan mama sket hari ni.Dalam seminggu banyak perkara yg berlaku dlm hidup mama, pendek kata seawal ramadhan ni mcm2 dugaan yg mama terima. Bermula dgn facebook smpailah ke telefon. Sebenarya dri awal mama da rasa kepincangan facebook ni. Sememangnya mama akui, facebook banyak manfaat. selain dpt menghubungi rakan atau sedare mara yg hilang, mencari sahabat yg lama tk jumpa..dan pelbagai lagi. Namun begitu, mama dapati keburukannya melebihi faedah yg diterima. Hanya jika disalahgunakan ia mungkin boleh merobek sebuah hati dan lebih teruk lagi meruntuhkan ikatan perkahwinan. Mama amat memandang serius hal sebegini.


kadangkala kita cuba utk mengelak, tapi semakin kita cuba utk mengawal semakain kuat pula cabarannya kan?..dan mama tahu ramai di luar sana yg mengalami benda yg mama lalui ni. Pernah juga mama terfikir utk menafikan kemudahan tu namun dlm era ni tk mudah utk melakukannya.


Cuma apa yg mama sering harapkan semoga mama kuat dan terus tabah utk mempertahankan kurga yg mama bina atas dasar cinta dan kasih sayang ni.


sekian dulu..
Wassalam....

18 April 2011

18 April 2011
Monday
8:40pm

Assalamualaikum..
salam sayang buat viewers semua, lama betul mama tak update blog mama kan..biasalah..bz sket, mana nk jaga anak , nak masak utk niage, nak jaga perut yg membuyut..anyway..mama nak bagitau ni....mama da selamat bersalin..


baby Girl : PUTERI LAILA MARISSA
berat : 3.5kg
tarikh & masa kelahiran : 16 April 2011 Rabu  jam 5 am.


banyak yg mama nak citer tapi harap u guys sedia maklum..mama masih dalam pantang dan sibuk sket nk jaaga baby..


however..mama akan activ balik lepas ni ye..nantikan story mory the morning glory dri mama ok...
till then..




bye!!!!!

15 October 2010

percaya ke tak?

Hi sayanggg.....sihat ke hari ni? mama biasa la..sakit pinggang, kaki, badan , tangan..segalanya lah...ni , tadi mama ada baca kt tenet pasal Uri atau Placenta..apa yg patut dibuat dgn benda tu..mcm2 mama tgk..kalo kt negeri omputeh..ada yg simpan utk buat cosmetic..tu biasa la kita dgr kan..tp yg mama paling geli..ada stau bapak ni, bini dia baru melahirkan anakl pompuan..pastu dia g bwk balik placenta anak dia tu..mama ingatkan dia nak tanam (mcm kita org melayu)..rupanya kat dapur dia da standby segala bahan da...dia nak buat steak !!!! heeeeeeiiiii...geli mama..tak potong..terus masak dgn segala bawang dan rempah !!! astaghfirullah......

tetiba mama teringat lak..masa mama bersalin anak sulung dulu, hubby mama tak tau cemana nak handle uri..mujur ada mak sedara mama yg tolong bersihkan dan tanam..lokasinya di Ruvena Villa, Putra Perdana Puchong...mama tak tanya lah cemana dia buat..pastu bila da balik baru dia citer..rupa2nya dia tanak sekali uri tu dgn Culculator!!!..laaaa..mama tanya apsal?dia kata elok la..nt da besar baby jadi pandai matematik..boleh jadi org bank...cehh!!..apa2 lah ..

Anak kedua mama lak..ha..tu ye betul hubby mama yg uruskan..tu pon ada kisah juga.mak mertua adik bongsu mama ajarlah huby mama ni cemana nak tanam..dia siap pesan.."Zal, ko kene cuci uri tu bersih2..lps solat subuh ko kene pakai baju melayu putih, berwuduk, pastu tanam".. huby mama terpegun mendegrkn arahan tu..ha..ha..ha....skali dia balik umah..cuci bersih, pastu selamba je g tanam uri tu kat sblh umah banglo org. Kalo korang ingat..awl thn ari tu  ada berita pasal budak jumpa tong biskut berdarah dipercayai bayi..ada masuk dlm paper dulu..ha....tu bukan uri baby mama..tapi..lokasinya sama tmpt dgn tempat huby mama tanam uri tu....Taman Saujana, Bukit Katil Melaka..rupanya bkn mama sorang yg tanam uri kat situ...ramai lagi......
mujur gak huby mama tk letak skali apa2 objek dlm tong uri tu..

ni mama nak kongsi sket Antara upacara karut-marut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ..(Jgn di tiru plak..ni dongengan semata2 tau)

  1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
  2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
  3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
  4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
  5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai atau sekarang mungkin mikrofon kalau ibu bapa mahu anaknya nanti jadi seperti Siti Nurhaliza !
  6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
  7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya sekaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
  8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
  9. Apabila malam nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk seminggu dua supaya bayi tak kembung perut.
Upacara ini dilakukan kerana kepercayaan bahawa uri ialah kembar bayi dan apa yang kita lakukan terhadap uri boleh mempengaruhi bayi apabila dewasa kelak. Contohnya kalau uri dibuang ke dalam tong sampah, nanti besar anak boleh jadi sampah masyarakat!

Ustaz Aluwi Parman . Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS
Menurut Aluwi, dalam Islam tidak ada nas yang menyuruh menanam uri mengikut cara itu, malah perbuatan itu adalah antara perkara yang boleh menyebabkan khurafat.
“Uri ialah satu benda yang mengiringi bayi. Kita hanya perlu menanamnya. Mungkin bersihkan sedikit, kemudian menanamnya. Tak payah basuh dengan asam garam,” katanya
Apa yang lebih baik dilakukan oleh si bapa ialah mengazan atau mengiqamat anaknya yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW),” katanya lagi..

so, renung2 kan ..dan selamat beramal....

13 October 2010

Nak Share maklumat sket...

Hi viewers..mama nk share sket la info berkaitan kandungan mama yg kini baru melepasi minggu ke 16..inilah yang mama rasa..

Minggu 15

Baby :
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda sendiri selain daripada degupan jantung dan bunyi perut mama.

Mama:
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat, jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung mama kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Baby:
Semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. (Nanti mama nak tgk samada boy or girl..hish..tak sabar)

Mama:
Pada saat ini mama sepatutnya rasa lebih segar, seronak dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Mama dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi tidaklah ketara sgt. At the same time, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.Wah..takutnya...

Minggu 17

Baby:
Anggota badan baby kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Baby mama sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.Kagum kan!!!

Mama:
Say gud bye to my pinggang yang ramping dan bentuk body yang berdepot.Pinggang ramping mama kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.


Next:...nanti mama story lagi ok...till then....bye..

08 October 2010

Jadi org Berguna

Jika kamu di baling ke langit, jadilah bintang yang bergemerlapan yang menyinari.Jika dibuang ke laut, mutiara yang tercantik yang memberi nafkah ke segenap manusia, jika dicampak ke darat..jadilah pula gunung-ganang yang gagah berdiri menyokong bumi..

05 October 2010

suami mau..tapi kita lak tak mau....

Assalamualaikum pengintai yang disayang.....!!!semoga berbahagia hendaknya..
hari ni mama tertarik nk citer pasal topik tu..ha.!!!jgn nk pikir yellow je ye..banyak sebenarnya definisi yg tersurat dan tersirat di sebalik statement di atas.Antara yang mama maksudkan adalah, dlm kondisi mama yg tgh peknen skang ni, mama cukup cerewet dgn makanan.Mama tak boleh makan masakan yg ada rempah, kayu manis, serai, aji, dan seribu bagai lagi.Tapi huby mama kan terror masak so, menurut kata beliau, setiap masakan tu kalo kurang bahannya, maka kureng la jugak rasa sodapnya...mama kata pulak..kalo setakat rasa yg kureng skit takpe..selagi tekak masih boleh telan.Tapi dia nk letak jugak.takmau menjejaskan rasa.Hmm...what to do ? senduk di tangan dia......
Yang tu masalah mama lah...tapi yg mama nk story mory the mornin glory kt sini, apa korang akan buat kalo terjadi situasi "suami nak , isteri tak mau"..?
Apa yang seorang suami mahukan daripada isterinya? senarainya tidak akan habis walaupun banyak yang tidak terungkap dan tidak terucap. Sama halnya dengan kemahuan sama ada suami mahu dan mampu berikan atau tidak.
Memang kalau kemahuan dilihat pada kehendak nafsu semata-mata, ada-ada sahaja yang diminta suami agar dipenuhi dan banyak pula yang tak terpenuhi. Nafsu memang tak akan pernah rasa puas.
Bagaimnapun kalau apa yang suami mahu ini dihadkan pada keinginan naluri atau hati kecilnya yang tidak dipengaruhi oleh dorongan nafsu, tidak banyak sangat benda yang disenaraikan.
Apa2 pon, kita sbgi pompuan yg memegang jawatan sebagai isteri lakukan lah perkara yg akan mama nyatakan ni..:

1) Taat
2) Hormat
3) Berkhidmat
ke semua perkara ni kalo kita buat amat membahagiakan suami.Ye ke? nak tahu cuba je lah kot.ini pon hasil dari pembacaan mama.Walaubagaimanapon..mungkin ada sebab dan musabab mengapa dalam sesetengah perkara isteri terpaksa berkata "Tak Mau Lah"..cuma diharap suami tanyalah kenapa dia takmau. Sememangnya dalam hati seorang wanita itu ada satu lagi bahagian yg sgt sensitif dan kadangkala sukar dimengerti oleh sesiapa pon..

sekian, jumpa lagi...(mama nak masak nasi goreng jap.Anak bujang mama merengek ni ..dgn anak kalo bab makan takleh kata takmau tau..nt terganggu tumbesarannya...tp ikut lojik la...)

Ok..tata....!!! mmmuuuaaaahhhhhh!!!!

04 October 2010

kuasa internet...facebook

Hi u alls..jumpa lagi kita..hari ni mama nk citer pasal apa ye?hmm..tadi baru lps ckp dgn hubby pasal Qulity Time.Apa makne sebenarnya kualiti masa tu?bole mama tau bila u alls punyer quality time?bagi mama, quality time untuk wanita bergelar isteri dan ibu mungkin da banyak bezanya.Sejak thn 1980an lagi soal ini dibicarakan. Dan ada pelbagai cadangan untuk mewujudkan quality time terutamanya bagi pasangan suami isteri.Actually, 3 thn lps sewaktu mama masih kerje office hour mama pon mengalami masalah mencari quality time ni.Of coz la dgn suami sbb waktu tu anak baru sorang dan masih baby.Tapi selalunya masalah mampu diselesaikan.Dan biasanya kami akan pilih hujung minggu sbagai hari berdua.Tambahan pula ada maid.lagi lah mudah.
Apa yang mama nk kongsikan disini hari ni adalah, bagaimana nk mencarikan masa yg berkualiti sedangkan masa yang kita ada lebih banyak dihabiskan untuk ber'facebook' saja!! mama sebagai contohnya.waktu siang mama dihabiskan untuk menyiapkan bahan jualan.manakala waktu malam pula hubby yg akan menjalankan urusniaga.jadi kami hanya ada masa selepas dia balik lebih kurang 9.30 mlm.dan pada waktu tu mama nk tgk rancangan tv yg mama ikuti sirinya saban minggu.Hubby pula perlu meng'update' facebooknya.nah..mlm da larut , kene tido awal sbb esok nak bangun awl hantar anak ke sekolah pulak.kalau nak diikutkan, 'Quality Time' tu tk ditetpkan kadar waktunya.Walauapun sekadar 1/2 jam bersembang pon tapi mampu memuaskan kedua belah pihak itu sudah cukup bermakna kan?
sukar nak menolak kuasa internet dan facebook ni..well, apa pula pendapat u alls ttg ungkapan di bawah ni???
till then..gud nite lah sayang semua..my hubby pon da tetido ni ha..tak smpt nak sembang pon...jumpa lagi ya...bye..

 " if you don't schedule time for one another, you won't have the time."