13 October 2010

Nak Share maklumat sket...

Hi viewers..mama nk share sket la info berkaitan kandungan mama yg kini baru melepasi minggu ke 16..inilah yang mama rasa..

Minggu 15

Baby :
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda sendiri selain daripada degupan jantung dan bunyi perut mama.

Mama:
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat, jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung mama kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Baby:
Semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. (Nanti mama nak tgk samada boy or girl..hish..tak sabar)

Mama:
Pada saat ini mama sepatutnya rasa lebih segar, seronak dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Mama dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi tidaklah ketara sgt. At the same time, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.Wah..takutnya...

Minggu 17

Baby:
Anggota badan baby kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Baby mama sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.Kagum kan!!!

Mama:
Say gud bye to my pinggang yang ramping dan bentuk body yang berdepot.Pinggang ramping mama kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.


Next:...nanti mama story lagi ok...till then....bye..