15 October 2010

percaya ke tak?

Hi sayanggg.....sihat ke hari ni? mama biasa la..sakit pinggang, kaki, badan , tangan..segalanya lah...ni , tadi mama ada baca kt tenet pasal Uri atau Placenta..apa yg patut dibuat dgn benda tu..mcm2 mama tgk..kalo kt negeri omputeh..ada yg simpan utk buat cosmetic..tu biasa la kita dgr kan..tp yg mama paling geli..ada stau bapak ni, bini dia baru melahirkan anakl pompuan..pastu dia g bwk balik placenta anak dia tu..mama ingatkan dia nak tanam (mcm kita org melayu)..rupanya kat dapur dia da standby segala bahan da...dia nak buat steak !!!! heeeeeeiiiii...geli mama..tak potong..terus masak dgn segala bawang dan rempah !!! astaghfirullah......

tetiba mama teringat lak..masa mama bersalin anak sulung dulu, hubby mama tak tau cemana nak handle uri..mujur ada mak sedara mama yg tolong bersihkan dan tanam..lokasinya di Ruvena Villa, Putra Perdana Puchong...mama tak tanya lah cemana dia buat..pastu bila da balik baru dia citer..rupa2nya dia tanak sekali uri tu dgn Culculator!!!..laaaa..mama tanya apsal?dia kata elok la..nt da besar baby jadi pandai matematik..boleh jadi org bank...cehh!!..apa2 lah ..

Anak kedua mama lak..ha..tu ye betul hubby mama yg uruskan..tu pon ada kisah juga.mak mertua adik bongsu mama ajarlah huby mama ni cemana nak tanam..dia siap pesan.."Zal, ko kene cuci uri tu bersih2..lps solat subuh ko kene pakai baju melayu putih, berwuduk, pastu tanam".. huby mama terpegun mendegrkn arahan tu..ha..ha..ha....skali dia balik umah..cuci bersih, pastu selamba je g tanam uri tu kat sblh umah banglo org. Kalo korang ingat..awl thn ari tu  ada berita pasal budak jumpa tong biskut berdarah dipercayai bayi..ada masuk dlm paper dulu..ha....tu bukan uri baby mama..tapi..lokasinya sama tmpt dgn tempat huby mama tanam uri tu....Taman Saujana, Bukit Katil Melaka..rupanya bkn mama sorang yg tanam uri kat situ...ramai lagi......
mujur gak huby mama tk letak skali apa2 objek dlm tong uri tu..

ni mama nak kongsi sket Antara upacara karut-marut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ..(Jgn di tiru plak..ni dongengan semata2 tau)

  1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
  2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
  3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
  4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
  5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai atau sekarang mungkin mikrofon kalau ibu bapa mahu anaknya nanti jadi seperti Siti Nurhaliza !
  6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
  7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya sekaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
  8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
  9. Apabila malam nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk seminggu dua supaya bayi tak kembung perut.
Upacara ini dilakukan kerana kepercayaan bahawa uri ialah kembar bayi dan apa yang kita lakukan terhadap uri boleh mempengaruhi bayi apabila dewasa kelak. Contohnya kalau uri dibuang ke dalam tong sampah, nanti besar anak boleh jadi sampah masyarakat!

Ustaz Aluwi Parman . Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS
Menurut Aluwi, dalam Islam tidak ada nas yang menyuruh menanam uri mengikut cara itu, malah perbuatan itu adalah antara perkara yang boleh menyebabkan khurafat.
“Uri ialah satu benda yang mengiringi bayi. Kita hanya perlu menanamnya. Mungkin bersihkan sedikit, kemudian menanamnya. Tak payah basuh dengan asam garam,” katanya
Apa yang lebih baik dilakukan oleh si bapa ialah mengazan atau mengiqamat anaknya yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW),” katanya lagi..

so, renung2 kan ..dan selamat beramal....

No comments:

Post a Comment