05 October 2010

suami mau..tapi kita lak tak mau....

Assalamualaikum pengintai yang disayang.....!!!semoga berbahagia hendaknya..
hari ni mama tertarik nk citer pasal topik tu..ha.!!!jgn nk pikir yellow je ye..banyak sebenarnya definisi yg tersurat dan tersirat di sebalik statement di atas.Antara yang mama maksudkan adalah, dlm kondisi mama yg tgh peknen skang ni, mama cukup cerewet dgn makanan.Mama tak boleh makan masakan yg ada rempah, kayu manis, serai, aji, dan seribu bagai lagi.Tapi huby mama kan terror masak so, menurut kata beliau, setiap masakan tu kalo kurang bahannya, maka kureng la jugak rasa sodapnya...mama kata pulak..kalo setakat rasa yg kureng skit takpe..selagi tekak masih boleh telan.Tapi dia nk letak jugak.takmau menjejaskan rasa.Hmm...what to do ? senduk di tangan dia......
Yang tu masalah mama lah...tapi yg mama nk story mory the mornin glory kt sini, apa korang akan buat kalo terjadi situasi "suami nak , isteri tak mau"..?
Apa yang seorang suami mahukan daripada isterinya? senarainya tidak akan habis walaupun banyak yang tidak terungkap dan tidak terucap. Sama halnya dengan kemahuan sama ada suami mahu dan mampu berikan atau tidak.
Memang kalau kemahuan dilihat pada kehendak nafsu semata-mata, ada-ada sahaja yang diminta suami agar dipenuhi dan banyak pula yang tak terpenuhi. Nafsu memang tak akan pernah rasa puas.
Bagaimnapun kalau apa yang suami mahu ini dihadkan pada keinginan naluri atau hati kecilnya yang tidak dipengaruhi oleh dorongan nafsu, tidak banyak sangat benda yang disenaraikan.
Apa2 pon, kita sbgi pompuan yg memegang jawatan sebagai isteri lakukan lah perkara yg akan mama nyatakan ni..:

1) Taat
2) Hormat
3) Berkhidmat
ke semua perkara ni kalo kita buat amat membahagiakan suami.Ye ke? nak tahu cuba je lah kot.ini pon hasil dari pembacaan mama.Walaubagaimanapon..mungkin ada sebab dan musabab mengapa dalam sesetengah perkara isteri terpaksa berkata "Tak Mau Lah"..cuma diharap suami tanyalah kenapa dia takmau. Sememangnya dalam hati seorang wanita itu ada satu lagi bahagian yg sgt sensitif dan kadangkala sukar dimengerti oleh sesiapa pon..

sekian, jumpa lagi...(mama nak masak nasi goreng jap.Anak bujang mama merengek ni ..dgn anak kalo bab makan takleh kata takmau tau..nt terganggu tumbesarannya...tp ikut lojik la...)

Ok..tata....!!! mmmuuuaaaahhhhhh!!!!

No comments:

Post a Comment